It's a Jurnal, Partner, and Storylife

Saturday, 9 June 2012

Dabo Singkep Part Two

Remind you, it's a very long entry Haha
Masa di Indonesia

Dekat Tg Pinang kami terus transit feri untuk ke Dabo. Agak rushing sebab dah lambat masatu. Berjamjam jugak perjalanan ke Dabo.

Sampaila one time ni, feri melambung lambung. Aku taksangka semuanya macam Jakun. But, seriously macam riding a horse. Diorang kemain lagi seronok, wooo sana wooo sini. Dalam hati aku MashaAllah dah cuak. SERIOUS. Aku dah agak aku akan muntah. And my guest is right. Two times pulak tu. Sakit perut aku. Scenery dalam feri tu takyah cakap la CHAOS sangat, semua org followfollow vomit. Urusetia panik, dengan takcukup beg plastik tong sampah pun jadila. Paling sedih, ada beg yang kena muntah. Pity that person. -__-

Arrived at Jaguh Jetty then. Kami naik Bas Kabupaten Lingga untuk ke Dabo. Sangatsangat mengantuk sebab penat muntah tadi. Sampai je dah dapat krisis, toilet takda air. Masatu dah rasa "naaakk balikkk". Apala lembik kan? Malamtu penyerahan pada keluarga angkat. Best sangat because dapat dengan Alya <3 Hihi

Malamtu no electric supply. What??! Lagila hati struggle nak balik. Tapi aku sedar, itula aku tujuan pergi program ni. Selain nak penuhkan Student Profiling aku sahaja, aku boleh belajar Other's Life. Yela kan, manusia bukan Pencipta, sentiasa Mewah Segala Benda. At that time, aku rasa insaf. Kenapa aku tak bersyukur, tiada current supply je pun, gelap sikit je bukan tiada rumah langsung. Directly at that time aku belajar kesilapan aku. Sedar tak sedar ruparupanya kami ada siblings lagi. Hareiz, Aima and Dedel. Masani la kami jadi rapat. Best bukan?

Okay, entry ni paling panjang cause banyak sweet moments dekat part ni la.

The next day we went to Lapangan. Ada bicycle race apa tah. Mula mula semua excited nak tengok, masa participants ke lima ke enam dah sampai tibatiba jadi Chaos. Argue and fights occur, us that's watching there semuanya Silent. Frightening la jugak. Dekat situ siap ada nyanyi nyanyi lagi. Peliknya? Tiada dalam jadual pun. Tapi HEK kami pun ada disitu, so kami ignore je laa. Last last kami dapat tahu yg seharusnya kami di Pagoda (Mini Perpustakaan). But before that dah sempat travel dah pekan disitu. Semua kalut cari simPATI. Haha :D

The next day is all about Lawatan. Pergi Perusahaan Batik, Projek Ekonomi, Kraf dan Cenderamata. It's quite boring, alah kat Malaysia pun ada. The most best part of the day is we went to Air Terjun Batu Hampar. Boys jela yg mandi pun but us yg watching ni pun, Enjoying the Scene jugak. Boys try to build a tower in the water. Haha kelakar. Childish juga mereka ni. That part I just realize, TGBians boys la yang paling ceria. Mungkin sebab paling ramai kot.

Malamtu,
Best ni. Our(s) family angkat, Me Alya, Aima Dedel , Hareiz, Nina and Jiha gather. Because ada Ikan Bakar malamtu. Touched sangat mereka kan orang susah. Oh how much they had spent for this sessions. We were like families at the time being. :')

The next day is trip to Pulau Daik. Yang bercabang tiga tu. Mostly ziarah makam makam Sultan. tapi banyak jugak yang misteri. Misalnya, kira tiang kali ketiga mesti taksama, duit bergulung dekat tangan, air dala tempayan sejuk tapi luar panas, and banyakbanyak lagi. Aku pulak berjaya naik trak pak polisi. Best la sebab dalam van panas and mampai bagai. Hihi :D

Okay malamtu malam kebudayan. Sungguh tak disangka, the Boys really perform that night. Congrats guys, you bring TGB's identity. Part paling best is masa joget lambak. Habis semua orang ditarik untuk meari. Budak laki takyah cakap la, semua lari lintang pukang. Maybe to them it was enjoy, but for TGBians, it's not.

Lepas je malamtu diorg yang ada motor semua keluar pergi jalan jalan. Isk isk sampai hati. Hal ini aku ngan Alya je tau. Okay takmampu cerita -__-

Balik rumah malamtu Ibu dah beli barang untuk balik esok. Huwaaa sedih sangat. Kenapa sekejap sangat ni? Inilah manusia, tak pernah bersyukur. Sayu je malam tu. Dah siap packing semua barang aku pun tidur.

Besok paginya, us ( me and alya ) jadi orang paling awal siap. Even Hareiz pun tak mandi lagi time tu. Pergi rumah NekMi breakfast macam biasa. Dingin je dalam rumah tu. Memang kitorang snap habiss laaa. Sedih sedih sedih. Ibu pun nangis. :'(

Dah salam salam semua they hantar kitorang ke Gedung. Dengan beg besarnya. Dengan facepalm nya. Oh tak dapat tahan sedih sangat. Dekat gedung tu salam salam dengan semua. Paklong pun ada masatu. Farewell to Dabo. Kami pun bertolak ke Jeti Jaguh and then ke Tg Pinang.

Fuh. So long.

No comments:

Post a Comment